RSS

Tuesday, September 15, 2009

Yea.... Raya dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum saya akan pulang ke rumah. Maklumlah, Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Kepada rakan-rakan di luar, jangan sesekali bermain mercun kalau sayangkan nyawa. Selamat bercuti dan maaf zahir dan batin.

P/S: Kongsilah kuih raya lepas cuti..

Monday, September 14, 2009

Ramadhan Al-Mubarak







Bulan Ramadhan muncul kembali... Apabila kita didatangi dengn bulan yang mulia ini, semua umat Islam menunaikan ibadah puasa pada siang hri dan solat sunat tarawih dan qiamulail pada waktu malamnya. Pada bulan inilah saya terkenangkan satu kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Nak tahu ceritanya? Ikuti kisah tauladan di bawah ini:


Ada seorang jejaka yang tidak berpuasa pada siang hari. Pernah satu hari jejaka tersebut makan ayam percik di hadapan orang lain semasa mereka berpuasa. Kawan-kawan jejaka tersebut pun menegurnya. Apa yang dijawabnya? "Aku tak puasa sebab bocor!!" Tidak kira apa yang orang lain cakap,tegur jejaka tersebut mengendahkannya. Takdir Allah, sampailah satu hari jejaka tersebut nazak. Tiba-tiba, DARAH keluar dari kemaluan dia tidak henti-henti sampai ajalnya. Innalillahi wainna ilaihirojiun.

PENGAJARAN: Jangan main-main dengan Tuhan!!

@SERATASISLAMICLYFE@

Sekolahku Syurgaku


Kalau tengok pintu pagar sekolah ini, mesti orang kenal Seratas sebab terletak di hadapan zoo! Seratas terkenal dengan keindahan alamnya.. sebab itu selalu ada banyak beruk!!

Saya tetap sayang sekolah saya sampai saya tamat belajar di sini.. SERATAS 4 EVA!!!!

Monday, September 07, 2009

Hari Aunugerah Cemerlang

Pada bulan yang lepas, Sultan Azlan Shah datang ke sekolah saya untuk sambutan Hari Anugerah Cemerlang SERATAS. Rasa seronok juga dapat salam dengan sultan buat kali pertama. Tengok gambar di tepi ni.
(Sayalah yang berada di atas pentas itu..)

Pada masa itu sekolah saya buat sedikit pameran pasal kejayaan sekolah. Seronok rasanya dapat tengok macam-macam ada.. macam karnivallah.  Siap ada pameran sains pula.