RSS

Tuesday, December 22, 2009

Hayatilah Masa Remaja

Remaja hanya datang sekali. Masa remaja perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Gunakanlah masa muda ini sebaik mungkin.

Remaja merupakan golongan belia yang berusia antara 13 tahun hingga 25 tahun. Remaja merupakan langkah permulaan ke alam dewasa. Segala titik permulaan perjalanan pada masa hadapan perlulah dimulakan dari usia remaja.

Pada usia remaja ini, pengalaman perlulah diambilkan dan dipraktikkan sebaik mungkin. Banyakkan menimba pengalaman dan gunakan dalam kehidupan sebaik mungkin. Jangan sekali lakukan perkara yang merosakkan diri pada usia ini.

Malah, remaja merupakan zaman seseorang individu untuk memberontak. Hal ini kerana timbulnya rasa untuk berdikari dan merasakan diri sudah dewasa. Oleh sebab itu, kebanyakan daripada pada remaja sudah mula menentang ibu bapa kerana pada anggapan mereka kebebasan diperlukan pada masa ini.

Pada Hari Akhirat kelak, Allah SWT akan menanyakan kepada setiap insan, "Di manakah kamu menghabiskan usia remaja kamu?" Jawapannya bergantung kepada amalan yang telah dilakukan ketika usia remajamu.

Mulakan daripada sekarang, jangan lagi siakan usia mudamu. Remaja hanya datang sekali di dunia ini.

Hayatilah lirik lagu nasyid di bawah ini.
Munsyid : UNIC


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Jangan kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

Korus:
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

@SERATASISLAMICLYFE@

0 comments:

Post a Comment