RSS

Tuesday, December 22, 2009

Percaya Apa yang Dilihat, Bukan yang Didengari

Zaman ini, kita kerap kali didatangi dengan berita-berita yang mengejutkan, sama ada dari televisyen, surat khabar, radio, malahan juga dari mulut orang lain...

Namun di sini, apa yang saya ingin sampaikan ialah satu saranan kepada semua. Seboleh-bolehnya kita janganlah terus mempercayai apa yang kita dengari dalam kehidupan seharian. Kadangkala berita yang disampaikan boleh mengandungi unsur ftinah, atau ingin menganiyai orang lain.

Seeloknya kita hanya boleh yakin terhadap apa yang disampaikan sekiranya dilihat dengan mata kita sendiri. Sesuatu berita atau cerita tidak dapat dipastikan kesahihannya selagi tidak ditunjukkan dengan bukti kebenarannya. Percaya atau tidak, perpecahan umat pada hari ini juga disebabkan oleh timbulnya fitnah antara satu sama lain, malahan yang lebih memburukkannya lagi ialah ramai yang terpengaruh dan mempercayainya.

Tanpa bukti yang sahih, sesuatu cerita atau berita tidak wajar dipercayai. Ini hanyalah pendapat saya, tetapi terpulanglah pada seseorang untuk mempercayainya.

@SERATASISLAMICLYFE@

0 comments:

Post a Comment